Lobak merah bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita. Umumnya ia sudah lam dikenali di seluruh dunia terutama di barat. Di britian, misalnya, lobak merah menjadi antara tumbuhan berubi yang paling popular dan dianggap versatil. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak untuk aneka hidangan menyelerakan.
- ASAL USUL
Lobak merah merupakan sejenis tumbuhan berubi. Namun begitu ia dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang diunakan secara meluas di seluruh dunia. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Jerman pada kurun ke-16 dan merupakan spesis D.Carota serta dikelaskan sebagai Magnoliopsida. Selain dijadikan bahan makanan, lobak merah juga berfungsi untuk tujuan perubatan. Menurut herbalis Nichiolas Culpepper di dalam bukunya The Complete Herbal, lobak merah berupaya memecah angin, menyembuh luka, meningkatkan kekerapan kencing, memecahkan batu karang dan daunnya dihancurkan dengan madu boleh merawat luka.
- JENIS-JENIS LOBAK
Melihat kepada warna dan bentuk lobak itu sendiri, ai terdiri daripada warna jingga yang terang dan kulitnya lembut serta mudah dikupas. Pun begitu, terdapat pelbagai jenis lobak merah dengan warna, rasa dan saiz berbeza. Umpama lobak merah Dwarf yang mempunyai saiz kecil dan lembut isinya. Manakala lobak merah Chantenay mempunyai rasa yang manis. Lobak merah kecil atau dikenali sebagai baby carrot pula bersaiz sebesar jari manusia dan rasanya lembut dan manis. Terdapat juga lobak merah organik yang mempunyai sedikit daun di bahagian kepalanya. Rasanya juga sama dengan lobak merah biasa iaitu manis dan isinya lembut. Bercakap soal warnanya pula, lobak merah kebanyakkannya berwarna jingga terang berikutan terdapatnya karotena yang berlebihan di dalam lobak tersebut. Walaupun begitu, terdapat juga lobak yang berwarna ungu, putih, kuning dan merah. Ia hanya popular di negara barat sahaja.
- MUSIM
Lobak merah ini boleh diperoleh sepanjang tahun.
- KEGUNAAN
Lobak merah boleh dijadikan aneka hidangan enak dan menyihatkan. Ia bukan saja dijadikan makanan sampingan untuk laut pauk, tetapi turut dijadikan salad, kek, kuih muih, tat, minuman, dijadikan sup dan stew, dipanggang dan sebagainya.
- CARA MENYIMPAN
Seeloknya lobak merak hanya boleh dosompan selama semingu sahaja di dalam peti sejuk atau di tempat yang dingin dan gelap.
-CARA PENYEDIAN
Untuk menyediakan sajian berasaskan lobak merah, terlebih dahulu bahagian atas dan bawah lobak merah perlu dibuang. Kemudian dikupas kulitnya dan dipotong.
- KHASIAT
Seperti yang dijelaskan tadi, lobak merah berwarna jingga terang adalah berpunca daripada Beta Karotena yang berlebihan di dalam lobak tersebut. Secara tidak langsung ia memberi kebaikan kepada kesihatan manusia kerana ia membekalkan vitamin A. Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat, anti oksida dan pelbagai mineral berkhasiat. Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah pengkihatan yang kabur di waktu malam. Justeru memakan lobak merah dengan kerap dapat mengatasi masalah tersebut. Bulan itu sahaja, pengambilan lobak merah dalm sajian harian juga dikatakan mampu mengurangkan kandungan gula di dalam badan, mencegah kanser dan gout, mengubati kencing manis, mengurangkan risiko penyakit jantung dan membantu penghadaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan