Selasa, 19 Oktober 2010

Lelaki Mempunyai Rahsia

Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia- rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.




1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak

Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan
perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir
dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami
isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya,
melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar
lelaki.



2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki

Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta
adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa
selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti
wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi
kepuasan fizikal mereka.



3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’

Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit
ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga
perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-
benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit
nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan
kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan
seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang
cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.



4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks

Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan
rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan
mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan
menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki
yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini
menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya
bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan
memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan
suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki
yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks,
wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana
juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan