Ahad, 8 Ogos 2010
SEDIH
Pada mulanya memang kebahagian bertapak di hati aku, tapi lama kelamaan dukacita menyinggah masuk. Sudah berkali aku usir, tapi tetap tidak berganjak, Aku cuba untuk berfikiran positif, tapi apakan daya aku, aku tak mampu. Semakin hari semakin aku ngilu. Ngilu dihati. Mungkin bukan waktu aku untuk berfikiran jauh. Mungkin bukan masa untuk aku berangan-angan. Bukan juga waktu aku mengharap. Sebenarnya aku bukanlah seorang yang kuat seperti yang dikatakan oleh teman-teman aku semua, aku juga lemah dan tak berdaya. Aku berserah kepadaNYA, sebab DIAlah yang amat mengetahui segalanya. Aku juga bukan wira yang dianggap gagah, aku cuma manusia yang diciptakanNYA. Segalanya mungkin amat pahit, tapi aku akan berusaha untuk menelan segala kepahitan itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan