Khamis, 19 Ogos 2010
Perangai Pelik..
Dah lama aku nak utarakan benda ni, rasanya tak tertanggung dek badan. Tujuan aku bukanlah nak mengaibkan orang, aku nak korang yang ada baca or terbaca apa yang aku tulis faham dengan sebenar-benarnya. Aku hairan dengan manusia yang hidup di bumi ini(terutamanya manusia yang beragama islam), kenapa ketika sembahyang berjemaah, diorang tak rapat-rapatkan biar tersentuh bahu?? Aku ada cerita.. aku tulis, harap-harap adalah orang baca. Pada 12/8/2010, aku ke masjid besar untuk solat terawih. Agak ramai jugaklah yang niatnya sama seperti aku, iaitu nak sembahyang terawih berjemaah. Lepas muazin melaugkan azan, semua dah bersiap sedia. Lepas tu, iqamah pula disuarakan. Semua penghuni bangun dah bersenbahyang(isyak). Panjangkah nak cerita satu-satu. Aku pendekkan jelah. Masa sembahyang terawih, ada hamba Allah yang sembahyang sebelah aku. Jarak dia dengan aku jauh sangat, bahu pun tak bersentuh. Aku hairan, kenapalah dia tak rapatkan bahu dia dengan aku, sedangkan kalau sembahyang berjemaah, harus rapat bahunya. Baru sah. Sedangkan dia lebih tua dari aku, tentu ilmunya lebih banyak dari aku. Atas dasar aku nak menegur, dan tidak terlintas langsung oleh aku nak mempersendakan dia, aku pun lontarkan suara aku yang berbunyi " rapat, rapat, duduk biar rapat, bahu biar sentuh". Lepas aku bagitahu macam tu, barulah dia rapatkan bahu dia dengan aku. Bukah dia sorang je yang tak rapatkan bahu, hampir ke semua penghuni masjid tu duduk jauh-jauh, termasuklah yang tua-tua. Yang banyak pengalaman dalam hal agama barangkalinya. Aku pelik.. Sedih sangat.... Kemungkinan agama islam akan semakin mundur, jika seantero maya jagat yang beragama islam tidak mengubah perangai masing-masing. Aku pun bukanlah bagus sangat, masih banyak yang perlu ditambah, dan masih banyak juga yang perlu diperbaiki. Marilah kita sama-sama memperjuangkan agama kita supaya kuasa luar tidak dapat menguasai negara kita. Kekalkan perpaduan, yang menjadi rencah kemakmuran negara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan